PETALING JAYA: Kerajaan Madani mengambil langkah untuk tidak mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas barangan keperluan asas harian. Kementerian Kewangan memaklumkan langkah itu supaya tidak memberi kesan secara langsung kepada kos sara hidup majoriti rakyat dan kadar inflasi kekal terkawal. Katanya, semakan semula SST hanya mensasarkan barangan pilihan dan premium kepada lima atau 10 peratus seperti cendawan truffle, basikal lumba dan king crab. “Antara produk yang tidak dikenakan…










