Bancian sikap bantu UMNO hadapi PRU-16

Bancian sikap bantu UMNO hadapi PRU-16

NORAINI Ahmad (tengah) ketika hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Kepala Batas di Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR : Pergerakan Wanita UMNO akan menggunakan keputusan bancian sikap yang dijalankan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) akan datang.

Ketuanya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, bagaimanapun, bancian terbabit bukan hanya akan dijalankan menjelang pilihan raya semata-mata, sebaliknya dibuat secara berterusan bagi memastikan kesiapsiagaan jentera parti berada pada tahap optimum. 

“Kajian kami dibuat secara berterusan. Tidak semestinya sewaktu pilihan raya sahaja, tetapi, apa yang pasti, saya telah minta jentera wanita supaya sentiasa bersedia pada bila-bila masa sahaja.

“Maklum balas yang diperoleh akan disalur terus kepada pimpinan bahagian, pusat serta war room,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Kepala Batas di Kubang Menerong di sini, hari ini

Dalam pada itu, Noraini memberitahu, pihaknya juga telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka tidak lama lagi.

“Bagi PRN Sabah, kami  bergerak seiring dengan UMNO Sabah dan kami turut memiliki struktur organisasi yang tersusun diikuti dengan pembahagian tugas antara sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dalam memastikan setiap gerak kerja berjalan lancar.

“Masing-masing ada peranan yang tersendiri. Jadinya, hasil daripada kerjasama itu terbentuk struktur yang saya kira begitu teratur di akar umbi,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN