KUALA LUMPUR: Aspek penguatkuasaan dan pendakwaan terhadap individu atau syarikat yang mengambil kesempatan memperdaya bakal jemaah haji diperkukuh dengan penubuhan pasukan petugas khas (task force). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, ia akan menyelaras tindakan antara agensi berkaitan memandangkan di bawah Akta Tabung Haji 1995, Lembaga Tabung Haji (TH) tidak mempunyai kuasa pendakwaan. Katanya, pasukan itu melibatkan kerjasama antara TH, Polis Diraja…