KUALA LUMPUR: Rantau ASEAN mempunyai kekuatan yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi berdasarkan sikap dan pendirian terhadap tenaga realistik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanpun ASEAN memerlukan kaedah konvensional untuk menggalakkan pertumbuhan dalam pelbagai aspek dengan lebih berkesan.
“Kita juga perlu terima kenyataan bahawa transisi dan alternatif yang lebih sihat akan diteruskan.
“Langkah Petronas menganjurkan Energy Asia 2025 ini sebagai satu langkah yang sangat diperlukan dalam masa kecemasan dengan perkembangan tarif serta peperangan di Timur Tengah akibat serangan ganas Israel,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Energy Asia 2025 di sini hari ini.-UTUSAN