Aprena Menrose bercerai - Utusan Malaysia

Aprena Menrose bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Aprena Menrose, 32, mendedahkan sudah bercerai dengan suaminya, Mohd. Afiq Azman.

Berkongsi perkara itu di Instagram, Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman memaklumkan keputusan itu diambil selepas sekian lama cuba mempertahankan rumah tangganya.

“Ya, saya bukan lagi isteri Afiq. Kalau ada jodoh tidak ke mana. Selamat tinggal buat masa sekarang atau mungkin selamanya.

“Saya cuba bertahan, berusaha, tetapi gagal. Tiada lagi kita.

”Terima kasih atas rasa yang diberi, rasa yang luar biasa. Semoga berbahagia, saya undur diri dulu,” tulisnya.

Desas desus pergolakan rumah tangga anak penyanyi Iwan Syahman ini hangat diperkatakan namun sebelum ini Aprena tetap mengunci mulut.

Dalam pada itu, Aprena memohon agar orang ramai mendoakan dia tenang dalam mengharungi kehidupan baharu.

“Sebelum ini banyak media telefon dan bertanyakan status saya, jadi inilah kenyataannya,” jelasnya.

Aprena berkahwin dengan Mohd. Afiq pada 2016. Mereka bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN