Anwar ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah

Anwar ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan tahniah sempena Hari Keputeraan ke-83, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Anwar turut menzahirkan doa agar baginda dan seluruh kerabatnya dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan.

“Patik mendoakan ke hadrat Allah semoga Tuanku Sultan dan Sultanah serta seluruh kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Daulat Tuanku,” katanya ringkas menerusi hantaran Facebook.

Sultan Sallehuddin diisytihar menaiki takhta sebagai Sultan Kedah yang ke-29 pada September 2017, menggantikan Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hari Keputeraan rasmi baginda disambut setiap tahun pada 22 Jun sebagai cuti kelepasan am di negeri Kedah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN