Anasir negatif cuba lagakan Zahid-Tok Mat

Anasir negatif cuba lagakan Zahid-Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui terdapat cubaan pihak tertentu untuk melaga-lagakannya sekali gus merenggangkan hubungan beliau dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, tindakan pihak tersebut jelas tidak bertanggungjawab kerana mahu memecah-belahkan hubungannya dengan presiden parti.

“Saya banyak kali dengar orang bercerita mengenai saya lebih-lebih lagi cuba bercerita buruk dan melagakan kami.

“Saya hanya senyum kerana orang yang mengadu itu saya tidak percayakan dia asbab boleh cakap buruk tentang presiden dia.

“Depan saya cakap lain. Mungkin belakang saya dia bercakap tentang saya pula. Saya tidak akan terpengaruh atau termakan hasutan dengan pihak terbabit,” katanya.

Beliau yang juga mesra di sapa sebagai Tok Mat berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Ledang di Dewan Putra Padang Lerek, di sini hari ini.

Tambah beliau, beiau mengakui menjadi orang nombor dua dalam parti bukan sesuatu yang mudah tetapi menjadi tanggungjawab untuk membantu presiden parti.

“Perkara yang lebih utama adalah parti yang menjadi suara rakyat untuk memperjuangkan nasib bangsa dan agama.

“Apa yang lebih penting parti dulu. Kalau kita menang, akan menang satu bas (semua pihak dalam parti menang). Namun, kalau kita kalah, kalah satu gerabak.

“Saya juga tidak menafikan akan ada ahli yang melompat parti apabila tewas dan saya berharap setiap ahli terus setia kepada parti dan perjuangan kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN