KOTA BHARU: Kira-kira 600,000 penduduk Kelantan yang menggunakan air telaga dan telaga tiub berisiko menghadapi masalah kesihatan dalam jangka panjang akibat daripada kandungan besi (Fe) dan mangan (Mn) yang tinggi dalam air bawah tanah. Kajian menunjukkan paras Fe di Bachok dan Kota Bharu mencecah 3.79 mg/L manakala Mn sebanyak 0.76 mg/L – jauh melebihi piawaian Kementerian Kesihatan iaitu masing-masing 0.3 mg/L dan 0.1 mg/L. Laporan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) pula mendapati paras Fe antara 1.5 hingga 4.2 mg/L dan Mn antara 0.3 hingga 0.8 mg/L di Pasir Mas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya