AIM24: Tiga kategori baharu diperkenalkan - Utusan Malaysia

AIM24: Tiga kategori baharu diperkenalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beberapa kategori baharu diperkenalkan sempena penganjuran Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) yang bakal dianjurkan September ini.

Tiga kategori berkenaan adalah Lagu Perpaduan Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik serta Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis dan Komposer Luar Negara Terbaik.

“Penambahan kategori Lagu Perpaduan Terbaik dan Lagu Tradisional Terbaik adalah untuk mengangkat warisan budaya pelbagai kaum di Malaysia.

”Manakala kategori Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis Atau Komposer Luar Negara Terbaik pula diperkenalkan untuk meraikan kejayaan artis tempatan yang mencipta nama di peringkat antarabangsa,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Recording Industry Malaysia (RIM) dan Anugerah Muzik Industri Malaysia ke-24 (AIM24), Rosmin Hashim.

Rosmin berkata demikian pada sidang akhbar AIM2, tengahari tadi.

AIM24 secara keseluruhannya mempertaruhkan 31 kategori termasuk Album Terbaik dan Lagu Terbaik.

Turut dipertandingkan adalah Vokal Lelaki, Wanita dan Kumpulan Terbaik, Video Muzik Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik dan banyak lagi.

Rosmin dalam masa yang sama memaklumkan inisiatif Kementerian Komunikasi Malaysia yang akan memperuntukkan RM700,000 secara keseluruhan kepada pemenang 11 kategori AIM24.

Peruntukkan itu, yang jumlahnya bertambah dua kali ganda berbanding tahun lepas, diperuntukkan di bawah Program Dana Kandungan Kreatif (DKD).

”Kami berterima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan MyCreative Ventures atas perluasan sokongan kepada pemenang AIM24.

”Inisiatif ini bukan sahaja membangunkan lagi bakat muzik tempatan, malah memperkasakan kandungan digital Malaysia untuk pasaran tempatan dan Global.

AIM24 bakal ditayangkan secara langsung di saluran RTM dari Arena of Stars Genting Highland pada 13 September 2025. – UTUSAN

KATEGORI DIPERTANDINGKAN:

  1. ARTIS BARU TERBAIK
  2. VOKAL LELAKI TERBAIK
  3. VOKAL WANITA TERBAIK
  4. VOKAL KUMPULAN TERBAIK
  5. KUGIRAN TERBAIK
  6. VOKAL DUO/KOLABORASI TERBAIK
  7. VIDEO MUZIK TERBAIK
  8. RUNUT BUNYI (OST) TERBAIK DI DALAM FILEM/DRAMA
  9. LAGU ROCK TERBAIK
  10. LAGU POP TERBAIK
  11. LAGU RAP/HIP HOP TERBAIK
  12. LAGU POP ELEKTRONIK/DANCE TERBAIK
  13. LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK
  14. LAGU CINA TEMPATAN TERBAIK
  15. LAGU INDIA TEMPATAN TERBAIK
  16. LAGU MELAYU TERBAIK YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUAR NEGARA
  17. KOLABORASI ARTIS TEMPATAN BERSAMA ARTIS/KOMPOSER LUAR NEGARA TERBAIK
  18. LAGU NASYID TERBAIK
  19. LAGU ETNIK TERBAIK
  20. LAGU PERPADUAN TERBAIK
  21. LAGU TRADISIONAL TERBAIK
  22. ALBUM TERBAIK
  23. LAGU TERBAIK

KATEGORI KHAS

  1. ANUGERAH SRI WIRAMA

KATEGORI PRA-ANUGERAH

    1. KULIT SINGLE/ALBUM TERBAIK
    2. RAKAMAN ALBUM TERBAIK
    3. RAKAMAN LAGU TERBAIK
    4. SUSUNAN MUZIK TERBAIK DI DALAM LAGU
    5. LAGU PALING TINGGI DI STRIM
    6. VIDEO MUZIK RASMI PALING TINGGI DITONTON DI YOUTUBE
    7. LAGU PALING TINGGI DITONTON DI TIKTOK

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN