PUCHONG: Suasana Hari Raya Aidiladha tahun ini disambut suram bagi mangsa tragedi letupan paip gas di Kampung Kuala Sungai Baru di sini yang hilang kediaman akibat bencana itu. Kemeriahan Aidiladha yang biasanya diraikan dengan takbir, juadah dan kunjungan sanak-saudara kini bertukar menjadi suasana penuh kesedihan buat mereka yang masih trauma dengan kejadian tersebut. Mohd. Radzi Mohd. Rashid, 43, berkata, Aidiladha kali ini tidak seperti tahun-tahun sebelum ini malah sepi tanpa…