Ade Govinda bakal hasilkan lagu buat Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

Ade Govinda bakal hasilkan lagu buat Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Komposer dan penyanyi terkenal Indonesia, Ade Govinda mengesahkan dirinya bakal hasilkan lagu buat Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Hadir bukan dengan tangan kosong, Ade memaklumkan dia akan menjalani sesi rakaman lagu buat pertama kali bersama penyanyi tersohor tanah air itu hari ini.

“Selepas kolaborasi bersama Ernie Zakri dan Bella Astillah, saya akan bekerjasama dengan Siti Nurhaliza.

“Lagunya sudah lama siap, esok (hari ini) kita akan mulakan latihan vokal,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran lagu terbaharunya bersama Bella Astillah yang berjudul Lebih Indah Berpisah, semalam.

Tambah Ade, dia sangat teruja apabila Siti sendiri yang mempelawa dirinya untuk menghasilkan kolaborasi bersama buat kali kedua.

“Saya sangat teruja dengan kerjasama ini lebih-lebih lagi beliau sendiri yang membuat permintaan untuk saya hasilkan lagu buatnya.

“Ini bukan kali pertama saya hasilkan lagu untuknya. Saya pernah hasilkan lagu buat beliau pada 2016 menerusi lagu Terbaik Buatmu,” jelasnya.

Dalam masa sama, komposer yang menghasilkan lagu Masing-Masing itu memaklumkan kerjasama kali ini juga mempunyai sentuhan dari Siti namun menafikan jika ia berkonsep ‘galau’.

“Siti buat permintaan mengenai jalan cerita lagu baharu ini sama seperti Bella Astillah. Beliau bagi cerita dan saya tulis. Lagu ini bukan lagu galau.

“Mungkin lagu ini akan dilancarkan dalam tahun ini namun belum tahu bila tarikhnya,” ujarnya.

Sejak menghasilkan lagu Masing-Masing nyanyian Ernie Zakri, hasil karya Ade sering menjadi dambaan dalam kalangan penyanyi tanah air.

Ade turut menyifatkan kejayaan lagu tersebut secara tidak langsung membuka ruang rezekinya untuk terus berkarya buat penyanyi di Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN