99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek menyerahkan Anugerah Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) Kategori Buta 2024 kepada Nik Muhamad Ahnaf Rujhiee di Dewan Besar MPM, Selayang, Selangor. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Seramai 41,422 atau 99.97 peratus calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) layak mendapat sijil daripada keseluruhan 41,434 calon berdaftar.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, kesemua 23 mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan itu mencatatkan peratusan lulus penuh melebihi 60 peratus, iaitu gred C dan ke atas.

Beliau berkata, empat mata pelajaran menunjukkan peningkatan melebihi tiga peratus daripada segi prestasi Lulus Penuh berbanding 2023, iaitu ekonomi, kimia, matematik dan perakaunan.

“Tiada mata pelajaran yang menunjukkan penurunan melebihi negatif tiga peratus.

“19 mata pelajaran STPM lain tidak berubah prestasinya kerana beza peratusan calon yang Lulus Penuh antara 2024 dengan 2023 adalah kurang daripada tiga peratus,” katanya ketika mengumumkan keputusan STPM 2024 di Dewan MPM di sini, hari ini.

Md. Amin berkata, calon boleh mendapatkan ringkasan keputusan masing-masing melalui semakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPMNo.K/PAngka Giliran dan hantar ke 15888.

Katanya, sistem diaktifkan mulai pukul 11 pagi tadi.

“Calon juga boleh menyemak secara dalam talian di pautan https://stpm.mpm.edu.my/stpmK untuk mendapatkan slip keputusan mulai pukul 11.30 pagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN