PETALING JAYA: Sebanyak sembilan negeri di seluruh Malaysia bakal dilanda ,hujan lebat dan angin kencang sehingga 4 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, cuaca buruk tersebut bakal melanda seluruh Perlis, Pulau Pinang dan Kua Lumpur.
Malah, menurutnya, hujan lebat turut diramal berlaku di beberapa kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar Yan dan Kuala Muda manakala Perak pula di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta.
“Keadaan sama juga berisiko melanda negeri Selangor melibatkan daerah Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat. Hujan lebat di Negeri Sembilan pula melibatkan kawasan Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol manakala bagi negeri Johor hanya tertumpu sekitar Kota Tinggi.
“Keadaan di Sabah pula, hujan lebat dijangka berlaku di bahagian Sandakan (Kinabatangan),” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. – UTUSAN