5 kumpulan K-Pop wanita yang masih relevan - Utusan Malaysia

5 kumpulan K-Pop wanita yang masih relevan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Di saat kumpulan baharu berpusu-pusu mempersiapkan diri untuk melangkah masuk industri muzik Korea Selatan, ramai peminat tegar K-Pop yang masih mengagumi kumpulan yang pernah memonopoli dunia nyanyian sekitar tahun 2000.

Mana tidaknya, lagunya yang rancak disusuli dengan pelbagai tarian ikonik pada ketika itu sering menjadi siulan ramai malah, mencetuskan fenomena yang luar biasa dalam industri muzik di seluruh negara.

Meskipun tidak lagi bergiat aktif seperti suatu masa dahulu, berikut merupakan kumpulan K-Pop wanita yang masih lagi relevan dan tetap dirindui peminat K-Pop:- 

A-Pink

Kemunculan sulung mereka pada 2011, populariti kumpulan ini terus meningkat naik menerusi lagu I Don’t Know. Sebelum ini, A-Pink dianggotai oleh tujuh ahli kumpulan iaitu Chorong, Bomi, Eunji, Namjoo, Hayoung, Yookyung dan Naeun.

Namun, Yookyung telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan tersebut untuk melanjutkan pelajaran pada 2013. Kemudian, Naeun juga mengikut jejak langkah Yookyung demi meneruskan cita-citanya sebagai pelakon pada 2022.

Kini, kumpulan yang pernah bernaung di bawah syarikat rakaman, IST Entertainment itu muncul dengan lagu baharu yang berjudul, Tap Clap yang dilancarkan pada 19 April lalu. 

Davichi

Davichi merupakan kumpulan pop duo yang dianggotai oleh Lee Hae-ri dan Kang Min-kyung. Ditubuhkan pada 2008, kumpulan ini juga terkenal menerusi album sulung mereka iaitu Amaranth.

Umum tahu, lagu-lagu hits duo k-pop ini kebanyakannya menjadi runut lagu untuk K-Drama yang sememangnya hangat menjadi ikutan ramai sekali gus menyentuh hati pendengar.

Antara runut lagu mereka yang terkenal ialah This Love ( Descendents Of The Sun), Forgetting You (Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo), Sunset (Crash Landing On You) dan banyak lagi.

Sehingga kini, Davinchi masih bergiat aktif menyinari industri muzik Korea Selatan selepas membuat kemunculan semula pada November 2024.

Girls’ Generation atau SNSD

Muncul seramai sembilan ahli kumpulan, kini berlapan, identiti Girls’ Generation pada ketika ini lebih dikenali sebagai SNSD. Sebelum ini, kumpulan itu dianggotai oleh Taeyeon, Sunny, Hyoyeon, Yuri, Sooyoung, Yoona, Seohyun dan Jessica.

Namun, Jessica telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan itu pada tahun 2014 demi meneruskan kariernya sendiri dalam bidang perniagaan.

Terkenal menerusi lagu ikonik mereka yang berjudul Into The New World, debut kumpulan yang ditubuhkan pada 2007 itu terus mendapat tempat istimewa dalam hati peminat K-Pop sehingga kini. 

J Rabbit

Mula dikenali pada 2010, J Rabbit muncul menerusi lagu Take One sekali gus menjadi pembuka tirai mereka dalam persada muzik Korea Selatan. 

Masih aktif sehingga kini, kumpulan yang dianggotai oleh Jung Hye-sun dan Jung Da-woon juga terkenal menerusi lagu Happiness yang merupakan runut bunyi untuk K-Drama yang berjudul, The Interest of Love.

Meskipun sudah lama tidak melancarkan lagu baharu, kumpulan ini tetap aktif membuat persembahan di festival sekitar Korea.

KARA

KARA telah memulakan zaman kegemilangan mereka pada 2007 nenerusi lagu pertama yang berjudul, Break It.

Meskipun pernah mengambil keputusan untuk bubar pada 2016, kumpulan yang kini dianggotai oleh Gyuri, Seungyeon, Nocile, Jiyoung dan Youngji itu telah membuat kemunculan semula pada 2022 menerusi album, Move Again.

Kini, kumpulan yang terkenal menerusi lagu, Step itu bakal membuat konsert jelajah di Jepun pada Julai dan Ogos ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN