KUALA PILAH: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Itulah semangat dipegang seorang wanita yang menjual muruku sejak hampir tiga dekad lalu demi membantu keluarga membina kehidupan lebih baik. Mala Theyakarajah, 64, yang dahulunya bekerja sebagai tukang cuci mengambil keputusan berhenti kerja untuk membantu abang iparnya mengusahakan perniagaan muruku dan kuih tradisional India secara kecil-kecilan pada sekitar 1995. “Pada masa itu, anak-anak abang ipar saya kecil lagi. Jadi, bila abang ipar…