PETALING JAYA: Seramai 150 pelajar huffaz diraikan dalam satu majlis penuh barakah sempena Majlis Haflah Takrimiah kali keenam anjuran Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL).
Majlis dirasmikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri itu dihadiri ibu bapa, para guru, alumni serta rakan strategik pendidikan al-Quran dari seluruh negara.
AKMAL dalam satu kenyataan berkata, majlis berkenaan menjadi simbolik kejayaan pelajar akademik berkenaan yang rata-ratanya berjaya mengkhatamkan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh kurang daripada setahun.
“Selain itu terdapat seorang pelajar yang berjaya hafaz 30 juzuk dalam hanya dua bulan. Malah terdapat pelajar seawal usia 10 tahun telah berjaya memperoleh syahadah hafazan sepenuhnya.
“Antaranya ialah adik Ziyad iaitu seorang anak istimewa mild autisme berusia 10 tahun yang memiliki daya ingatan luar biasa apabila mampu menghafal 42 surah sebelum memasuki AKMAL dan berjaya khatam 30 juzuk dalam tempoh hanya empat bulan enam hari,” katanya.
Kenyataan itu juga berkata, pelajar cemerlang yang turut menerima anugerah ialah Muhamad Aiman, 16 yang berjaya menerima sijil Syahadah Hafazan dalam tempoh kurang dari setahun.
Dalam pada itu, AKMAL berkata, majlis itu sekaligus memperkukuh reputasi program unggul Hafiz Setahun yang menggabungkan Modul Enam Rukun Hafiz, bimbingan motivasi harian,
“Perjanjian persefahaman (MoU) telah dimeterai bersama Markfield Institute of Higher Education (MIHE), United Kingdom bagi membuka peluang pelajar AKMAL melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan pengiktirafan antarabangsa.
“Majlis Haflah Takrimiah ini bukan sekadar meraikan pencapaian akademik tetapi ia menjadi bukti jelas bahawa dengan sistem pendidikan yang betul, sokongan ibu bapa dan usaha berterusan, anak-anak muda hari ini mampu menjadi pewaris kalamullah walaupun dalam usia yang sangat muda,” jelasnya.
AKMAL dalam masa yang sama berharap agar lebih lebih banyak pihak berkolaborasi untuk melahirkan 10,000 ribu huffaz setiap tahun menjelang 2030 tercapai.-UTUSAN