'15 tahun saya tunggu dihargai, diangkat sebagai anak seni' - Utusan Malaysia

’15 tahun saya tunggu dihargai, diangkat sebagai anak seni’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “15 tahun dalam industri seni, saya tidak pernah diangkat dan dihargai.”

Demikian ucapan pelakon dan usahawan, Reen Rahim ketika menerima pengiktirafan sebagai Aktres Paling Dikagumi Malaysia 2025 di Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2025 yang berlangsung pada 29 Mei lalu.

Menurut Reen, pengiktirafan tersebut diraih atas berkat doa dan reda ibu bapa serta keluarga mertuanya yang sentiasa menyokong kejayaannya bersama suami tercinta, Hazim Zainal.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas penghargaan ini.

“Saya tidak sangka acara ini mengangkat nama Noreen Ashikin Abdul Rahim seorang wanita biasa daripada keluarga biasa.

“Saya rasa terlalu kerdil untuk bagi ucapan kat depan ini sebab semua orang hebat. Tapi saya nak bagitahu ‘VVIP’ saya iaitu mak ayah dan mertua saya terima kasih atas doa dan redanya,” katanya.

Selain pengiktirafan tersebut, Reen bersama suaminya yang menjual produk penjagaan diri, Reen Rahim Hygiene Wash itu turut menerima anugerah Perniagaan Cemerlang Tahunan 2025 dalam acara berkenaan.

Dalam ucapan sama, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu berharap agar setiap kejayaan yang dikecapi mendorongnya untuk menjadi seorang yang lebih merendah diri.

“Saya nak minta tolong minta tolong sampaikan dekat semua dekat luar sana dengan reda dan doa ibu bapa, yang bodoh boleh jadi pandai.

“Yang miskin boleh jadi kaya dan yang biasa, boleh jadi luar biasa. Mohon doakan saya dengan suami semoga kami menjadi seseorang yang dikenali.

“Semakin tinggi kami pergi semakin rendah diri kami. Semoga doa yang baik-baik kembali kepada kalian semua,” ujarnya.

Terdahulu, Reen turut berkongsi momen dirinya bersama suami menghadiri majlis Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2025 anjuran NiagaTimes kali kesembilan dalam sebuah perkongsian di TikTok.

Untuk rekod, Reen dan Hazim mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2022.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN