Zurich Malaysia perkukuh pengalaman pelanggan melalui Gabungan Teknologi Digital, Sentuhan Empati

Zurich Malaysia perkukuh pengalaman pelanggan melalui Gabungan Teknologi Digital dan Sentuhan Empati

ZURICH Malaysia kekal komited memberikan pengalaman pelanggan yang bukan sahaja cekap dari segi teknologi tetapi juga dengan empati.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dalam era pendigitalan yang terus membentuk landskap insurans dan takaful di Malaysia, Zurich Malaysia kekal komited untuk memberikan pengalaman pelanggan yang bukan sahaja cekap dari segi teknologi tetapi juga dengan empati.

Hari ini, insurans dan takaful bukan lagi sekadar perlindungan kewangan, tetapi juga menyediakan bantuan yang tepat pada masanya, terutama ketika pelanggan berdepan detik yang paling sukar dalam hidup mereka.

Selama ini, Zurich Malaysia telah membantu jutaan pelanggan melalui detik-detik genting daripada kehilangan orang tersayang hinggalah kepada tragedi akibat kemalangan atau penyakit.

Dalam waktu ini, mereka menerima bantuan yang memberi ketenangan pada masa yang paling diperlukan, Pengalaman mereka menunjukkan perubahan positif dalam industri, dimana inovasi digital digabungkan dengan nilai empati.

Di Zurich Malaysia, pendekatan ini bukan sekadar strategi; tetapi komitmen untuk memberi sokongan cekap dan penuh keprihatinan, memastikan pelanggan mendapat bantuan yang sepatutnya diterima.

Melalui penambahbaikan proses yang dahulunya kompleks kepada platform yang lebih lancar dan efisien, pendigitalan sektor insurans dan takaful memperkasakan pelanggan mengurus perlindungan mereka dengan lebih baik.

Namun, Zurich Malaysia yakin bahawa kemajuan teknologi sahaja tidak mencukupi kerana yang paling penting ialah bagaimana inovasi ini memberi kesan kepada kehidupan pelanggan.

Dengan menggabungkan teknologi digital dan bantuan khidmat pelanggan yang menerapkan empati, ia memastikan perkhidmatan yang diberi bukan sahaja memenuhi, tetapi melebihi jangkaan pelanggan .

“’Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna’ bukan sekadar slogan yang terpampang di dinding. Ia adalah prinsip yang kami pegang setiap hari.

“Pendigitalan bukan hanya tentang kepantasan atau mengurangkan halangan. Ia memperkasakan kakitangan kami untuk bertindak dengan empati, bermaklumat dan bermatlamat, terutamanya ketika pelanggan kami sedang berdepan dengan detik paling sukar dalam hidup mereka,” kata Ketua Pegawai Operasi Negara, Zurich Malaysia, Ally Robertson.

Antara banyak kehidupan yang telah dibantu oleh Zurich Malaysia sepanjang tahun lalu, kisah-kisah berikut mencerminkan beban emosi yang dialami serta bagaimana perlindungan yang tepat pada masanya telah memberi impak yang besar apabila kehidupan mereka tiba-tiba berubah.

Di Johor, Nor Hasimah Ahmad Shukri terpaksa membesarkan anak kecilnya selepas kehilangan suami tercinta akibat kanser. Dalam kesedihan dan ketidaktentuan, beliau memerlukan bantuan segera untuk menstabilkan kewangan keluarganya.

Sistem pengesahan dan pembayaran digital Zurich Malaysia memastikan tuntutan kematian suaminya diproses dengan pantas, membolehkan beliau menerima bantuan yang diperlukan untuk menjamin masa depan keluarga.

Satu lagi kes yang lebih rumit berlaku di Kota Bharu, di mana Hasnira binti Mat Jusoh mendapati suaminya yang telah meninggal dunia tidak menamakan pewaris dalam polisi insuransnya.

Apa yang sepatutnya menjadi proses yang rumit dan memakan masa, diselesaikan dengan bantuan rekod dalaman dan tindakan susulan oleh kakitangan Zurich Malaysia.

Beliau dibimbing sepanjang proses tuntutan sehingga pembayaran diselesaikan sepenuhnya, ini merupakan peringatan bahawa sistem itu penting, tetapi tindakan susulan itu lebih bermakna.

Sementara itu, Zainuddin bin Abdul Halim dan anaknya terkesan akibat letupan gas di Putra Heights yang menyebabkan kerugian sepenuhnya terhadap kenderaan mereka.

Di sebalik kekalutan tersebut, platform tuntutan digital Zurich Malaysia yang mesra pengguna membantu mereka memfailkan laporan, memuat naik dokumen sokongan dan menjejaki status tuntutan dengan mudah, sekaligus meringankan beban mereka pada saat yang mencabar,

Ketua Pegawai Operasi, Harta Benda dan Kemalangan, Zurich Malaysia, Iris Dang berkata, perkara yang paling penting bagi syarikat itu ialah membantu pelanggan pada saat-saat sukar.

Katanya, insurans atau takaful bukan hanya berkaitan polisi, sijil dan bayaran tuntutan semata-mata, sebaliknya melibatkan usaha mendengar dengan empati, memahami keperluan unik pelanggan serta membantu mereka dengan cara yang jelas dan penuh keprihatinan.

“Pasukan kami dilatih untuk bukan sahaja menguruskan transaksi tetapi turut membina hubungan bermakna, memastikan setiap interaksi tertumpu kepada apa yang benar-benar diperlukan oleh pelanggan. Sentuhan manusia seperti ini sangat penting ketika kita menghadapi ujian dalam kehidupan,” katanya.

Dalam usaha untuk terus berkembang, Zurich Malaysia kekal fokus untuk mencipta penyelesaian berasaskan teknologi digital dan berteraskan nilai empati.

‘Kami Bukan Sekadar Memahami, Kami Melindungi’ sentiasa menjadi prinsip utama Zurich Malaysia. Mereka sentiasa bersama dengan pelanggan menawarkan ketenangan, keprihatinan dan bantuan di saat paling memerlukan. Inilah janji dan komitmen mereka untuk benar-benar ’Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna’.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana Zurich Malaysia sentiasa membantu pelanggannya, sila layari zurich.com.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN