Zehra Zambri enggan penuhi syarat suami gugurkan sebab tuntutan cerai - Utusan Malaysia

Zehra Zambri enggan penuhi syarat suami gugurkan sebab tuntutan cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Zehra Zambri, 37, berkeras untuk tidak menarik balik atau menggugurkan empat daripada lima tuntutan perceraian meskipun itu menjadi syarat yang diletakkan suaminya, Nur Iqwan Samsudin, untuk melepaskan penyanyi itu sebagai isterinya.

Menurut Zehra, dia sanggup menjalani proses (perceraian) yang panjang daripada memenuhi permintaan suaminya itu

“Dia (suami) ada letakkan syarat, minta saya pinda beberapa sebab tuntutan cerai, antaranya mengenai hal ehwal tuntutan nafkah dan sebagainya.

“Tapi saya tidak bersetuju apabila dia mahu melepaskan saya dengan syarat saya pinda atau menarik balik sebab-sebab permohonan (cerai). Saya tak boleh terima perkara itu.

“Saya ada justifikasi saya, sebab-sebab saya (memohon cerai),” katanya yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pagi tadi.

Zehra hadir ke mahkamah tersebut bagi menghadiri
sesi lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) hari ini.

Dia hadir ditemani bapanya, Zambri Ahmad dan peguam, Abd. Muiz Samsuri.

Zehra pada 7 Mac lepas memfailkan cerai terhadap suaminya dengan mengemukakan lima sebab tuntutan antaranya tiada persefahaman suami isteri, culas menjalankan tanggungjawab, sikap suami, pengabaian serta perkahwinan yang sudah tidak dapat diselamatkan.

Mahkamah kemudian menetapkan hari ini sebagai sesi lantikan JKP selepas suaminya enggan melafazkan cerai.

Namun proses perceraian penyanyi itu diteruskan ke satu lagi tarikh yang telah ditetapkan mahkamah apabila wakil JKP suaminya gagal hadir ke sesi lantikan JKP hari ini.

“Defendan (Iqwan) tidak membawa wakil atas sebab kecemasan jadi sesi ini terpaksa ditangguhkan kepada minggu hadapan.

“Seterusnya, kes ini akan didengar pada 14 Julai ini untuk laporan JKP dibentangkan,” kata peguam Abd. muiz.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN