Yadim bantu banduan perkasa minat membaca

Yadim bantu banduan perkasa minat membaca

BEBERAPA prospek sedang menelaah buku sumbangan Yadim menerusi Program Nilam di Kompleks Penjara Seberang Perai di Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang. UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Kompleks Penjara Seberang Perai di sini terpilih menjadi lokasi perintis bagi pelancaran Projek Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Pulau Pinang.

Penolong Pengarah Kanan YADIM negeri, Zuhri Husain berkata, program itu dilaksanakan menerusi kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia serta Jabatan Mufti Pulau Pinang dalam usaha memartabat serta memperkasakan budaya membaca dalam kalangan prospek.

“Kita perhatikan bahawa prospek-prospek ini memiliki potensi tersendiri dan perlu diberikan ruang dalam meningkatkan pembentukan jati diri agar dapat menjadi masyarakat Madani. 

“Justeru, kita beri peluang kepada mereka bukan sahaja untuk menimba ilmu, malah, memupuk minat membaca menerusi penyediaan material di perpustakaan institusi terbabit.

“Kita akan bekalkan buku-buku terbitan Yadim sendiri yang akan diserahkan kepada perpustakaan ini dalam masa yang terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Kalam Mufti: Tausiyyah dan Soal Jawab serta Pelancaran Projek Nilam Prospek Penjara Seberang Perai, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penjara Pulau Pinang, Abd. Rauf Lang Pasih berkata, program yang bermula 1 Jun ini akan berlangsung selama sebulan.

“Prospek perlu menghabiskan bahan bacaan yang disediakan sebelum melakukan rumusan serta pembentangan ringkas berdasarkan pemahaman mereka menerusi pembacaan buku tersebut.

“Dalam hal ini, pihak Yadim juga akan menyediakan imbuhan sebagai penghargaan buat prospek terbaik yang berjaya memberikan kesimpulan paling tepat nanti,” ujar beliau.

Tambahnya, selain melengkapkan diri dengan ilmu sebagai nilai tambah dalam membentuk budaya minat membaca, prospek turut berpeluang mempersiapkan diri diri demi kelangsungan dalam mengharungi kehidupan yang mendatang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN