Warga Thailand didakwa liwat remaja lelaki

Warga Thailand didakwa liwat remaja lelaki

MALKAN Maha diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan meliwat seorang remaja lelaki. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang lelaki warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap remaja lelaki yang juga anak muridnya pada Februari lalu.

Tertuduh, Malkan Maha, 28, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Haderiah Siri.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan mangsa berusia 13 tahun.

Kesalahan itu dilakukan antara pukul 10 dan 11 malam di tanah lot bernombor, Solok Setulang Daeng, Bukit Rambai dalam daerah Melaka Tengah pada 20 Februari 2025.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara minimum lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin memohon tarikh sebutan baharu dan syarat tambahan dikenakan iaitu tertuduh dilarang mengganggu saksi pendakwaan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri dua kali sebulan di balai polis berhampiran.

Peguam L. Sharveen merayu jaminan rendah dengan alasan tertuduh bekerja sebagai imam dan juga guru tahfiz dengan pendapatan RM1,500 sebulan, selain menanggung ibu bapa dan tujuh adik beradiknya yang lain.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan dua orang penjamin warganegara dan syarat tambahan dipohon pendakwaan. 

Tertuduh juga diarah melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran dan ditetapkan 10 Jun ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN