Wanita maut, motosikal rempuh lori

Wanita maut, motosikal rempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit nahas dengan sebuah lori ‘tipper’ dalam kejadian di  di Batu 16, Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kemalangan melibatkan dua buah kenderaan tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 6.20 pagi.

Menurut beliau, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa yang berusia 25 tahun telah memasuki laluan bertentangan.

“Pemandu lori tersebut tidak sempat mengelak atau membrek lalu merempuh mangsa, mengakibatkan mangsa tercampak dan cedera parah di bahagian kepala.

“Mangsa kemudian disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu lori iaitu seorang lelaki tempatan berusia 40 tahan tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Sohaimi, pemeriksaan urin dibuat terhadap pemandu lori didapati negatif, manakala siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemandu lori bagaimanapun telah ditahan bagi membantu siasatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN