Buang mayat bayi: Polis periksa hospital, klinik swasta

Buang mayat bayi: Polis periksa hospital, klinik swasta

LOKASI penemuan mayat bayi lelaki masih bertali pusat di Sungai Klang petang semalam. IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan memeriksa semua hospital dan klinik swasta di ibu negara bagi mengesan rekod kelahiran mencurigakan, susulan kes buang mayat bayi ke dalam sungai di Jalan Klang Lama di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, setakat ini belum ada sebarang tangkapan dilakukan.

“Kita akan bertindak untuk memeriksa hospital dan klinik swasta bergantung kepada keputusan bedah siasat hari ini,” katanya di sini hari ini.

Semalam, orang awam menemukan objek menyerupai mayat tersangkut pada batu di sungai dan menghubungi polis pada pukul 2.05 petang.

Siasatan mendapati, objek tersebut merupakan mayat bayi lelaki dan masih bertali pusat. 

Mayat itu dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN