Usah mempolitikkan laporan MH17

Usah mempolitikkan laporan MH17

MUHAMMAD KAMIL ABDUL MUNIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cubaan untuk mengeksploitasi laporan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bahawa Russia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 perlu dihentikan.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, kenyataan CIAO mengenai perkara itu secara kebetulan dikeluarkan sebelum lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Russia yang sudah lama dirancang.

“Apa yang penting adalah laporan tersebut tidak seharusnya dieksploitasi dan ditunggang oleh pihak-pihak yang picisan dan dangkal isu.

“Jangan kita mudah terheret dengan permainan kuasa-kuasa besar dengan membantu menghalakan peluru musuh ke arah kita. Mempolitikkan tragedi MH17 adalah tingkat paling bawah untuk membenih dan mengaut laba politik murahan,” katanya mengulas kenyataan.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mahu Perdana Menteri tidak diam diri berhubung isu itu ketika kunjungannya ke Russia.

Tegas Kamil, mempolitikkan tragedi MH17 adalah tahap paling bawah untuk mengaut laba politik murahan, apatah lagi ketika Malaysia terus mendukung segala usaha bagi menegakkan keadilan buat mangsa dan waris tragedi MH17.

Katanya kunjungan rasmi ke Russia ini pasti akan membuahkan hasil yang memberi manfaat kepada negara dan rakyat, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai negara yang tegas, bermaruah dan berwibawa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN