UMNO terus kekal sebagai parti utama Melayu

UMNO terus kekal sebagai parti utama Melayu

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO yang meniti usia 79 tahun terus kekal relevan dalam survival politik negara sebagai parti utama orang Melayu dan bumiputera walaupun dibadai pelbagai cabaran dan gelora sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, masa depan parti itu bergantung kepada bukan sahaja pemimpin, tetapi semua ahli parti agar perlu mempunyai semangat juang untuk menguatkan parti seperti mana sikap juang para pengasasnya lebih tujuh dekad lalu.

Katanya, malah perjalanan UMNO dalam pentas politik negara adalah bergantung sejauh mana semua penggerak parti mampu berkorban dan setia kepada parti di samping mengambil terus mengambil pendekatan sederhana sejajar pembentukan Malaysia sebagai negara majmuk.

“Ahli UMNO perlu ada semangat juang yang tinggi, setia dan sanggup berkorban dan pada masa sama perlu tabah dan cekal menyumbang kepada usaha membawa parti balik ke kekuatan asal. 

“UMNO akan terus kekal sebagai parti orang Melayu bumiputera tetapi dengan pendekatan sederhana kerana memahami Malaysia sebuah negara majmuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Hari ini, UMNO menyambut ulang tahunnya yang ke-79 dan menjadikannya parti tertua di Malaysia tetapi masih mampu berdiri megah bersama parti lain yang lebih muda usianya.

Ulang tahun UMNO yang disambut setiap tahun pada 11 Mei adalah manifestasi ahli parti menunjukkan semangat perjuangan parti tidak pernah luntur dalam meniti usia emas parti.

Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-79 di Dewan Tun Hussien Onn di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada tahun ini menyaksikan kelainan tersendiri apabila buat julung kalinya diadakan serentak dengan Konvokesyen SPU.

Dalam pada itu, Pakar Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Salawati Mat Basir berkata, UMNO perlu menekan kepentingan pelapis dan pemimpin muda dalam mempersiapkan parti ke arah perubahan landskap politik dalam negara serta perubahan geopolitik yang tidak menentu.

Katanya, perkara itu termasuklah melahirkan bakal pemimpin masa depan UMNO.

Jelasnya, meskipun penubuhan Sekolah Patriotik UMNO (SPU) agak terlewat, setidaknya ia boleh merencanakan parti ke arah masa hadapan.

“Sudah tentu kesinambungan generasi muda untuk pemimpin masa hadapan adalah penting. Walaupun SPU ini agak terlewat diperkenal, tetapi ia menyumbang pelapis kepada sayap parti UMNO iaitu Pemuda dan Puteri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×