Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 7 Jun ini

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 7 Jun ini

Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman ketika mengisytiharkan tarikh Aidiladha dan 1 Zulhijah menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di TV1, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Umat Islam di Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun ini, bersamaan dengan 10 Zulhijah 1446 Hijrah.

Perkara itu dimaklumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman malam ini menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di TV1.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1445 Hijrah ialah pada hari Khamis, 29 Mei 2025 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban, 10 Zulhijah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Sabtu, 7 Jun 2025 Masihi,” katanya.

Sesi pencerapan melihat anak bulan Zulhijah dijalankan di 28 lokasi di seluruh negara pada petang tadi.

Terdahulu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Awal Zulhijjah adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN