UiTM susun semula empat fakulti pengajian

UiTM susun semula empat fakulti pengajian

UiTM mengambil pelbagai inisiatif bagi memastikan graduannya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH.ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) memecahkan empat kolej pengajian yang digabungkan sebelum ini kepada 10 fakulti dalam usaha memperkasakan setiap program terlibat.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr Shahrin Sahib berkata, langkah strategik itu bermula 1 Mei lalu terutama yang melibatkan fakulti kejuruteraan.

Katanya, langkah itu juga bertujuan memantapkan lagi program yang ditawarkan sesuai dengan keperluan semasa.

“UiTM komited untuk melahirkan graduan yang berkualiti dari segi pengetahuan, kemahiran dan perwatakan,” katanya letika berucap pada Sidang Ke-25 Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-101 di Dewan
Agung Tuanku Canselor (DATC)
di sini, semalam.

Seramai 981 graduan menerima sarjana, sarjana muda dan diploma pada istiadat tersebut yang disampaikan sendiri oleh Shahrin.

Keseluruhannya sebanyak 26,696 graduan daripada 34 kampus di seluruh negara terlibat dalam konvokesyen kali ini bermula 7 Mei lalu manakala Kampus Sabah serta Sarawak bermula esok hingga 10 Jun.

Dalam pada itu Shahrin berkata, kadar kebolehpasaran graduan universiti tersebut ketika ini adalah 92 peratus.

Katanya, UiTM akan terus mengambil pelbagai inisiatif dalam memastikan graduannya akan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN