Tukang bersih maut, pelatih ALAM parah motosikal bertembung

Tukang bersih maut, pelatih ALAM parah motosikal bertembung

tetak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang pekerja pembersihan Akademi Laut Malaysia (ALAM) maut manakala pelatih dari institusi sama parah selepas motosikal yang ditunggang masing-masing bertembung di Jalan Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa, Mohamad Zahir Tahir, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Sementara itu, pelatih, Md. Rokonuzzaman Khan, 38, patah kedua-dua tangan serta kaki kiri dan dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, nahas dipercayai berlaku selepas motosikal jenis Benelli RFS150I STD ditunggang Md. Rokonuzzaman dari arah pekan Kuala Sungai Baru telah hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Motosikal terbabit kemudian merempuh motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang Mohamad Zahir menyebabkan pekerja pembersihan itu maut di lokasi.

“Md. Rokonuzzaman pula patah kedua-dua tangan serta kaki kiri,” katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya, hasil siasatan pegawai penyiasat mendapati keadaan lokasi kemalangan adalah gelap tetapi tidak hujan.

Ujarnya mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN