Tiada laporan lain terhadap CEO Batu - Polis

Tiada laporan lain terhadap CEO Batu – Polis

KETUA Polis Daerah Gombak, ACP Ariffin Mohamad Nasir (tengah), menunjukkan dadah yang dirampas setelah berjaya menumpaskan sindiket di sekitar Gombak pada sidang media di IPD Gombak. UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Siasatan polis terhadap pempengaruh media sosial dikenali CEO Batu, hanya melibatkan hantaran mesej berbaur lucah.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, tiada laporan lain diterima pihaknya dan hanya kes membabitkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

“Suspek diberi jaminan pada 27 Mei lalu dan kertas siasatan kes sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. 

“Setakat ini, tiada laporan lain yang kami terima membabitkan suspek. Hanya kes itu (remaja perempuan terbabit) diterima,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini, hari ini. 

Sebelum ini, media melaporkan, CEO Batu ditahan polis bagi membantu siasatan dakwaan menghantar beberapa mesej berbaur lucah kepada remaja berusia 14 tahun.

Difahamkan, lelaki berusia 22 tahun itu menyerah diri di IPD Gombak pada 22 Mei lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN