'Thalita miliki aura Siti Sarah' - Utusan Malaysia

‘Thalita miliki aura Siti Sarah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan penerbit, Ajai, 50 melihat anak kedua Allahyarham Siti Sarah dan usahawan Shuib Sepahtu, Dzahira Thalita Zahra, mempunyai daya tarikan seperti arwah ibunya.

Menerusi satu video podcast di Youtube, Ajai berkata, meskipun suara Thalita berbeza dengan ibunya, kehadirannya di atas pentas mengingatkannya kepada arwah Siti Sarah ketika mula-mula dikenali ramai.

“Cara Thalita menyanyi tak sama macam arwah mak dia, tapi tarikan tu yang serupa. Daya komersial dia kuat,” katanya.

Ajai turut mengimbas kenangannya bertemu arwah Siti Sarah buat pertama kali menerusi sebuah pertandingan nyanyian yang menunjukkan keyakinannya berhadapan dengan juri ketika itu.

“Kali pertama saya jumpa arwah dalam satu pertandingan. Ketika arwah menyanyi, eye contact dia dengan juri seolah-olah dia dah ada album sendiri. Keyakinan itu kini saya nampak dalam Thalita,” katanya.

Penerbit itu juga memuji kepekaan pendengaran muzik yang dimiliki Talitha, terutamanya ketika sesi latihan nyanyian bersama gadis berusia 12 tahun itu.

“Pendengaran dia bagus. Bila saya dengar dan berkomunikasi dengan dia dalam sesi latihan, dia tangkap dengan cepat. Paling bagus, dia tunjukkan minat yang mendalam untuk menyanyi,” katanya.

Tambah Ajai, bakat semula jadi yang ada pada Talitha bukan sesuatu yang boleh dimiliki semua orang dan dia melihat potensi besar dalam gadis muda itu.

Baru-baru ini, Talitha telah menyertai dan membuat persembahan istimewa mengenang arwah ibunya di Konsert By Ajai & Friend yang berlangsung di Singapura.

Talitha menyampaikan dua lagu popular Allahyarham Siti Sarah iaitu Kesetiaan dan Makin Benci Makin Cinta yang turut dinyanyikan bersama Shuib.

Selain Talitha, konsert tersebut turut menampilkan barisan penyanyi hebat seperti Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Asmidar, Hazama dan Hafiz Suip.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN