Terengganu perluas kempen kesedaran jenayah syariah 

Terengganu perluas kempen kesedaran jenayah syariah 

ZURAIDA Md. Noor (kiri) menemui orang ramai ketika Kempen Pencegahan Penguatkuasaan Syariah di salah sebuah pusat membeli belah di Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu menggunakan pendekatan berhemah menerusi kempen kesedaran mengenai Enakmen Kesalahan Jenayah Takzir Syariah (Takzir) Terengganu dalam usaha mendidik masyarakat.

Timbalan Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Zuraida Md Noor berkata, pihaknya juga sedang memperluas kempen mengenai enakmen itu dalam usaha memberi kefahaman kepada masyarakat. 

“Pendekatan berhemah ini membantu mendidik masyarakat tentang kepentingan menjauhi perkara yang melanggar hukum agama serta memahami implikasi undang-undang syariah secara lebih jelas.

“Kita mahu syariah difahami dan dihayati, bukan sekadar ditakuti dan mesej yang disampaikan adalah denda sekiranya tidak menunaikan solat Jumaat, berkhalwat, berpakaian dan perbuatan tidak sopan di tempat awam dan perbuatan lain yang bercanggah dengan hukum Islam,” katanya ketika ketika kempen di salah sebuah pusat membeli belah di sini, hari ini.

Menurutnya, Kempen Pencegahan Penguatkuasaan Syariah itu dilaksanakan hasil kerjasama Unit Penguatkuasaan Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu bersama beberapa pusat membeli belah di negeri ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN