Tarif Trump hanya akan memakan diri rakyat AS sendiri - Dr Mahathir

Tarif Trump hanya akan memakan diri rakyat AS sendiri – Dr Mahathir

MAHATHIR Mohamad ketika sesi dialog khas di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mengenakan tarif ke atas 180 buah negara menerusi dasar perdagangan dijangka akan ‘memakan diri’ negara itu sendiri.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, situasi itu sudah boleh dijangka apabila kos sara hidup di AS akan meningkat sekali gus mengundang risiko inflasi.

“Contohnya pengimport kenderaan di negara itu terpaksa menaikkan harga kerana tarif dikenakan ke atas mereka. Ini bermakna akan menjejaskan ekonomi AS dan inflasi,” katanya ketika majlis pelancaran buku dan Sesi Dialog Khas mengenai Cabaran Pembangunan Ekonomi di Abad Ke-21, di sini, hari ini.

Katanya, tindakan Presiden AS, Donald Trump itu boleh meletakkan 343.6 juta rakyat negara itu berada dalam penderitaan.

Pada 3 April lalu, Trump mengumumkan tarif asas sebanyak 10 peratus dikenakan ke atas semua import ke AS dan duti yang lebih tinggi ke atas puluhan negara lain.

Antaranya termasuk beberapa rakan dagang terbesar AS, sekali gus meningkatkan perang perdagangan yang telah menggegarkan pasaran global dan mengelirukan sekutu AS.

Malaysia turut dikenakan tarif sebanyak 24 peratus.

Bagaimanapun, pada awal bulan lalu Trump menangguhkan penguatkuasaan tarif selama 90 hari ke atas rantau Asia termasuk Malaysia, namun, China pula dikenakan tarif hingga 125 peratus ke atas import daripada republik itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN