Tan Sri disiasat kes pengubahan wang haram RM500 juta pemilikan saham Sapura Energy

SPRM siasat kes pengubahan wang haram RM500 juta pemilikan saham Sapura Energy

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan terhadap seorang tokoh korporat bergelar Tan Sri kerana disyaki terlibat amalan pengubahan wang haram membabitkan pemilikan saham Sapura Energy Berhad (SEB) bernilai lebih RM500 juta.

 Tan Sri tersebut telah dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM untuk rakaman percakapan pada 5 dan 6 Mei lalu bagi membantu siasatan, namun tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat hari ini.

 Menurut sumber, sebanyak 83 akaun bank milik lima individu dan 15 syarikat melibatkan nilai kira-kira RM158.26 juta telah dibekukan susulan siasatan ini.

Siasatan juga menjurus kepada unsur rasuah melibatkan beberapa pelaburan selepas penggabungan Sapura Kencana Petroleum Berhad (SKPB) dan Sapuracrest Petroleum Berhad yang kemudian dikenali sebagai SEB.

 Katanya, siasatan dan penggeledahan juga telah dijalankan di beberapa lokasi iaitu Syarikat Sapura@Mines, Menara Permata Sapura (Sapura Holdings Sdn Bhd) dan di kediaman Tan Sri itu  di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

 “Fokus siasatan adalah menjurus kepada kesalahan di bawah seksyen 23 ASPRM 2009, iaitu kesalahan salah guna kuasa dalam isu ganjaran (gaji, bonus dan syer), branding fee dan private placement dari tahun 2012 hingga 2021.

 “Siasatan juga sedang mengenal pasti kesalahan pecah amanah, salah guna dana dan pemalsuan di bawah Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.

 Katanya, tindakan penyiasatan tatakelola juga akan dijalankan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN