Tak biasa merokok, Mimi Lana batuk sakit dada - Utusan Malaysia

Tak biasa merokok, Mimi Lana batuk sakit dada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mengakui diri bukan seorang perokok, pelakon, Mimi Lana sempat mengalami sakit dada dan batuk ketika menjayakan beberapa adegan merokok dalam filem Mencari Ramlee.

Cerita Mimi atau Mimi Rozaiana Zainal Abidin Nordin, 30, adakalanya dia perlu menghidap 10 batang rokok bagi menjayakan tuntutan naskhah.

“Adegan rokok itu pun satu cabaran juga kerana ikut ‘take’. Ada satu ketika saya hisap banyak rokok sampai saya terbatuk-batuk. Saya pula bukan hisap rokok di luar (filem).

“Kalau ‘take’ tidak banyak, tidak perlu banyak merokok. Tapi kalau 10 ‘take’ jadi kena juga hisap 10 batang rokok sampai sakit dada. Tapi tiada apa yang serius berlaku baik cedera atau masuk hospital,” katanya.

Mimi ditemui Utusan Malaysia di  filem terbaharu lakonannya, Mencari Ramlee di GSC Midvalley Megamall, di sini pada Khamis.

Jelas isteri kepada Syafiq Kyle itu lagi, dia tidak pernah menolak melakonkan adegan itu kerana mahu menunjukkan masyarakat di era-70 an memang menganggap merokok sebagai hal yang biasa.

“Memang saya tak tolak untuk buat adegan itu sebab memang mahu tunjuk budaya zaman 70-an.

“Saya harap penonton faham yang merokok itu bukan saya tapi karakter saya iaitu Yasmin. Tapi kalau ada yang beranggapan saya kelihatan seperti perokok profesional, maknanya saya berjaya,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Mimi teruja kerana terlibat dalam pembikinan naskhah berlatarkan era 70-an bersama pelakon handalan seperti Tony Eusoff dan Sofea Jane.

“Sebenarnya sudah lama saya teringin dan manifestasi mahu berlakon cerita tahun berbeza. Selain Mencari Ramlee, saya juga bakal berlakon dalam satu lagi projek, juga berlatarkan tahun berbeza,” ceritanya.

Filem Mencari Ramlee tentang Zakaria, seorang peniru gaya (impersonator) P. Ramlee yang mempunyai masalah kewangan dan mempunyai kesukaran untuk mendapat kerja kerana populariti P. Ramlee yang sudah merudum.

Mencari Ramlee akan mula ditayangkan di Malaysia pada 19 Jun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN