Syarikat farmasi didenda RM50,000 keliru harga susu kambing

Syarikat farmasi didenda RM50,000 keliru harga susu kambing

LAU Tiam Kwee (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebuah syarikat farmasi didenda sebanyak RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana mempamerkan harga produk susu kambing yang mengelirukan kepada pengguna, tiga tahun lalu.

Orang Kena Saman (OKS) iaitu syarikat berkenaan yang diwakili Pengarah Urusan kepada Lau & Tan Pharmacy, Datuk Lau Tiam Kwee didapati bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Hakim Nazlyza Mohamad Nazri membuat keputusan tersebut selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan tuduhan melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Berdasarkan pertuduhan, susu kambing jenama Purenat Goat Gold Milk Powder seberat 800 gram dipamerkan harga RM89.90, sedangkan harga sebenar yang dikenakan kepada pengguna adalah RM91.90. 

Kesalahan tersebut dilakukan di sebuah cawangan syarikat farmasi tersebut beralamat di Pusat Komersial Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Terdahulu, Nazlyza dalam penghakimannya berkata, hukuman bukan sekadar untuk memberi peringatan, pengajaran dan keinsafan kepada pelaku semata-mata sebaliknya untuk memberi pengajaran kepada masyarakat.

OKS didakwa melakukan kesalahan tersebut  di bawah Seksyen 12(1)(a) Akta Perlindungan Pengguna 1999. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Terengganu, Nur Amirah Mokhtar dan OKS diwakili peguam, Nurul Izzah Mohd. Nazri. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN