Sufian, Rania sah bergelar suami isteri - Utusan Malaysia

Sufian, Rania sah bergelar suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Sufian Suhaimi telah sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Rania Al Sadat, hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, upacara akad nikah tersebut diadakan secara tertutup di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat, pagi tadi.

Pada majlis itu, Rania telah menerima satu dinar emas sebagai mas kahwin.

Menerusi perkongsian di TikTok, Sufian turut memuat naik beberapa video dia bersama Rania segak mengenakan busana pengantin berwarna putih ketika upacara mengambil gambar.

“Alhamdulillah,” katanya ringkas di ruangan kapsyen.

Sebelum ini, penyanyi lagu Terasa Ada itu memaklumkan dirinya sudah bersedia untuk berkahwin dengan Rania selepas mengesahkan bahawa kasih mereka kembali bertaut sejak beberapa bulan lalu.

Terdahulu, Sufian dan Rania pernah putus tunang selepas penyanyi itu memberitahu cincin risiknya sudah dipulangkan oleh wanita itu, pada April tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN