PUCHONG: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menawarkan tiga bentuk bantuan perumahan kepada 17 penduduk Kuala Sungai Baru yang terlibat kebakaran dari letupan gas di Putra Heights.
Pengurusan Aset dan Fasiliti SPNB, Norazmi Nuruddin berkata, senarai 17 penama yang menerima bantuan ini adalah berdasarkan diterima daripada kerajaan negeri Selangor.
Beliau berkata, SPNB mahu mendapatkan pengesahan daripada penduduk dengan secepat mungkin mengenai tiga tawaran yang ditawarkan SPNB iaitu bina semula rumah baharu, baik pulih rumah dan perobohan unit sewa.
“Bagi bina semula rumah baharu, penduduk ditawarkan rumah yang mempunyai tiga bilik dan dua bilik air.
“Selain itu, untuk baik pulih rumah pula, penduduk perlu mengenal pasti apakah komponen yang dalam rumah yang ingin dibaiki. Hari ini, kontraktor akan datang dan tengok kerosakkan yang berlaku.
“Perobohan unit sewa pula, adalah satu skop yang kita tawarkan dimana bagi membantu penduduk untuk merobohkan unit tersebut tanpa menggunakan kos sendiri, “ katanya ketika memberi taklimat kepada penduduk di sini hari ini.
Tambah Norazmi, pihak berharap dalam berharap perkara ini dapat diselesaikan dalam dua minggu sebelum dapat memulakan kerja pembinaan.
Pada 1 April lalu, insiden letupan paip gas di Putra Heights telah mengakibatkan kemusnahan besar di Kampung Kuala Sungai Baru.
Letupan itu mengakibatkan lebih 50 rumah musnah dan rosak teruk akibat kebakaran yang marak setinggi 30 meter dan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius. – UTUSAN