Sofyank teruja jumpa Tom Cruise - Utusan Malaysia

Sofyank teruja jumpa Tom Cruise

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pempengaruh media sosial, Sofyank berkongsi keterujaannya apabila menemui bintang Hollywood terkenal, Tom Cruise di Jepun baru-baru ini.

Menerusi hantarannya di laman Instagram, Sofyank atau nama sebenarnya Mohd Sofian Abdullah, dia meluahkan kata-kata penghargaan kepada pelakon itu dan mengagumi filem-filem lakonannya.

“Hi Tom, saya menonton lakonan anda sejak kecil dan ia sangat memberi inspirasi kepada ramai pembikin filem di seluruh dunia.

“Kami di Malaysia sangat mengagumi karya, aksi dan usaha yang dicurahkan dalam setiap filem lakonan anda,” katanya.

Dalam pada itu, pencipta video kesan khas itu tidak pernah membayangkan dirinya akan berdiri sebelah pelakon filem tersebut.

“Berdiri di sebelah anda pada saat itu betul-betul merupakan impian saya seumur hidup dan ia sudah menjadi kenyataan.

“Saya tidak pernah membayangkan peluang itu akan terjadi dalam hidup saya,” katanya.

Tambah Sofyank, dia akan menghargai saat itu sebagai kenangan paling berharga dalam hidupnya.

“Terima kasih menjadi seorang legenda dan begitu baik terhadap peminat anda di mana-mana sahaja.

“Saya akan kenang dan hargai detik ini sebagai kenangan paling berharga dalam hidup saya, terima kasih Tom,” katanya,

Beberapa hari lalu, Sofyank berkongsi dia selamat tiba di Jepun bersama rakannya dan membuat penggambaran video kesan khas bersama pelakon Mission Impossible itu.

Sebelum ini, anak kelahiran Kelantan itu mendapat pujian ramai rakyat Malaysia atas penghasilan video-video kesan khas yang sangat hebat dan pernah berkolaborasi bersama idolanya, Zach King dan pemegang watak Ant Man, Paul Rudd.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN