Sindiket samun, pecah rumah di tiga negeri tumpas

Sindiket samun, pecah rumah di tiga negeri tumpas

HAMZAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Polis berjaya menumpaskan satu sindiket yang aktif menjalankan kegiatan samun dan pecah rumah di tiga kawasan berbeza iaitu di Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang; Bandar Baharu di Kedah serta Parit Buntar di Perak.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, kejayaan itu diperoleh susulan penangkapan empat lelaki warga tempatan yang berusia antara 23 hingga 34 tahun, semalam.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan di empat lokasi berasingan iaitu di Kepala Batas, Bukit Mertajam, Nibong Tebal dan Parit Buntar.

Katanya, semakan lanjut mendapati, dua daripada empat suspek terbabit memiliki rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Susulan tangkapan itu, polis turut merampas empat buah telefon bimbit pelbagai jenis, sebuah televisyen dan empat buah kenderaan pelbagai jenis yang digunakan semasa menjalankan kegiatan berkenaan.

“Kesemua tangkapan kini direman selama tujuh hari bermula hari ini dan akan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta dikenakan sebatan,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Hamzah, pihaknya amat komited dan proaktif dalam melumpuhkan mana-mana kumpulan atau individu yang terlibat dengan aktiviti jenayah kekerasan yang boleh menjejaskan keselamatanm dan kedaulatan negara.

“Dalam hal ini, kami turut memohon kerjasama daripada masyarakat untuk menyalurkan sebarang aktiviti jenayah di negeri ini melalui ‘hotline’ Bilik Gerakan Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang di talian 04-2221624 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” ujar beliau.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN