KUALA LUMPUR: Latihan simulasi keselamatan sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, menumpukan pergerakan konvoi kenderaan delegasi dan pemimpin negara Asean. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati simulasi dilaksanakan mengambil kira waktu sebenar pergerakan pada program berlangsung dua hari bermula Isnin ini. Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Bukit Aman, Deputi Komisioner M.V Sri Kumar berkata, lebih 6,200 pegawai dan anggota ditugaskan sepanjang sidang kemuncak berlangsung dengan jumlah penugasan dijangka bertambah dari semasa ke semasa. “Selain kawalan laluan, anggota turut ditempatkan untuk memantau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya