KOTA BHARU: Seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes simbah asid ke atas pemilik sebuah spa dan salon kecantikan di Beris Kubur Besar, Bachok di polis malam tadi.
Sumber berkata, wanita berkenaan ditahan pada pukul 10 malam di Kuala Krai.
“Pagi ini suspek berkenaan telah dibawa ke Mahkamah Bachok untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan,” katanya.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, seorang pemilik sebuah spa dan salon kecantikan dilaporkan cedera pada lengan selepas disimbah cecair yang dipercayai asid oleh tiga individu termasuk dua wanita yang tidak dikenali semasa berada di tingkat atas premisnya di Beris Kubur Besar.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 malam itu, mangsa yang masih memakai telekung selepas menunai solat maghrib berada di dalam kedainya bersama seorang anak.-UTUSAN