Seniwati Sophia Ibrahim meninggal dunia - Utusan Malaysia

Seniwati Sophia Ibrahim meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seniwati, Sophia Ibrahim, 77, menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat rawatan swasta sekitar pukul 7:15 petang tadi.

Khabar duka itu dikongsikan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez ketika dihubungi sebentar tadi.

“Ya betul, arwah sudah meninggal dunia sekitar 7:15 petang tadi,

“Kami ucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga,”  katanya ringkas kepada Utusan Malaysia

Pelakon asal Singapura itu juga difahamkan mengalami sesak nafas ketika menghadiri satu acara di Hotel Grand Barakah Ampang pada Isnin.

Jenazah Allahyarham Sophia bakal dibawa ke Surau Al Hijrah, Taman Bolton, Batu Caves sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah di sini, pagi Selasa.

Mengimbau perjalanan seni Allahyarham, Sophia mula aktif sebagai pelakon sejak 1960-an termasuklah membintangi naskhah arahan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menghulurkan bantuan bagi meringankan kos pembedahan mata ketika Allahyarham masih hidup.

Sophia dilapor mengalami masalah katarak mata yang mengganggu fungsi penglihatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya