Semoga setiap langkah yang mendatang diiringi dengan cahaya - Luna Maya

Semoga setiap langkah yang mendatang diiringi dengan cahaya – Luna Maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI: “Semoga setiap langkah yang mendatang diiringi dengan cahaya.”

Demikian kata pelakon tersohor Indonesia, Luna Maya, 41, yang kini sah bergelar isteri kepada aktor Maxime Bouttier, 31, dengan sekali lafaz, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Luna turut memuat naik momen indah saat dirinya secara rasmi bergelar isteri buat lelaki pilihan hatinya selain menerima 7.5 gram emas dan wang tunai dibayar dalam mata wang USD sebagai mas kahwin.

Diadakan secara tertutup, majlis yang bertemakan dalam taman itu diadakan mengikut adat tradisi Jawa di sebuah hotel mewah di Bali.

“Di bawah langit yang suci, dua hati menjadi satu,” katanya di kapsyen.

Dalam pada itu, Luna turut dilihat anggun mengenakan busana pengantin serba putih sementara Maxime dilihat tampan ketika mengenakan pakaian serba hitam mengikut tradisi Jawa.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut dihujani pujian dari kalangan peminat yang rata-ratanya terpegun dengan kecantikan aktres itu.

“Sangat cocok (sepadan). Saling jatuh cinta selalu Luna dan Maxime,” komen seorang pengikutnya.

“Salah satu majlis perkahwinan yang sangat cantik. Tahniah, saya doakan Luna sentiasa bahagia selamanya,” komen seorang lagi peminatnya.

“Luna yang menikah, bahagia satu Indonesia,” komen seorang netizen.

Menjelang hari pernikahan, Luna dan Maxime telah melakukan istiadat bersiram mengikut tradisi Jawa pada Selasa lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN