Semak keputusan masuk ke matrikulasi di sini

Semak keputusan masuk ke matrikulasi di sini

matrikulasi
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2025/2026 boleh menyemak keputusan masing-masing mulai hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 boleh membuat semakan masuk ke matrikulasi di sini https://matrikulasi.moe.gov.my.

Ia bagi yang membuat permohonan  kemasukan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2025/2026

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, semakan keputusan calon boleh dibuat mulai hari ini.

“Pendaftaran secara dalam talian dibuka mulai 22 Mei hingga 21 Jun depan di laman sesawang kolej masing-masing.

“Pelajar perlu mendaftar secara fizikal di kolej matrikulasi mulai 22 Jun 2025 berdasarkan surat tawaran masing-masing,” katanya hari ini.

KPM berkata, pelajar yang tidak berjaya boleh membuat rayuan secara dalam talian di laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my mulai 21 Mei hingga 21 Jun 2025.

Keputusan semakan rayuan akan diumumkan pada 30 Jun 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN