KUALA LUMPUR: Sekretariat Undur Azam Baki dijangka mengadakan bantahan terhadap lanjutan kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di Dataran Merdeka, di sini pada pukul 8 malam Sabtu ini.
Kumpulan itu berkata, himpunan tersebut akan menjadi medan bagi rakyat menyuarakan pendirian terhadap pelantikan semula Azam.
Sekretariat Undur Azam Baki berkata, perhimpunan itu juga berfungsi sebagai gelanggang untuk rakyat menyuarakan bantahan tegas mereka terhadap kepimpinan berterusan Azam dalam suruhanjaya antirasuah itu, di samping menuntut reformasi institusi menyeluruh SPRM.
Azam dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya bagi tempoh setahun bermula 12 Mei lalu. – UTUSAN