Saya tiada ‘cai’, undi yang terbaik - Anwar

Saya tiada ‘cai’, undi yang terbaik – Anwar

ANWAR Ibrahim menunjukkan gambarnya yang tertera pada telefon bimbit sebagai bukti mengundi sempena Kongres Nasional PKR 2025 di Johor Bahru, Johor hari ini.-UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak mempunyai sebarang senarai ‘cai’ dalam Pemilihan PKR yang berlangsung hari ini.

Sebaliknya, Perdana Menteri memilih dan menyokong kedua-dua kempen, iaitu Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa (HIRUK) dan Dari Akar, Membina Aspirasi Inklusif (DAMAI).

“Sudah mengundi tadi, saya tiada bawa ‘cai’ sebab Itu ambil masa panjang (mengundi) kerana teliti satu persatu, itu yang sebaiknya.

“Kita tengok yang terbaik, itu yang kita undi. Jadi, kalau sesetengah ada cai sana ada cai sini, saya tidak. 

“Saya juga harap dalam keputusan kedua-dua (pihak) diambil kira yang dirasakan terbaik,” katanya ditemui pemberita usai melaksanakan tanggungjawab mengundi kepimpinan baharu PKR bagi penggal baharu dI, di sini hari ini.

Ditanya tentang kehadiran Timbalannya, Datuk Seri Rafizi Ramli pada Majlis Perasmian Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor malam ini, beliau yakin Menteri Ekonomi itu akan hadir.

“Dia tidak maklumkan kepada saya, tetapi sebagai Timbalan Presiden saya assume dia akan datang, dia selalu datang (program parti). 

“Mesyuarat Jemaah Menteri pun dia datang, dia jalankan kerja dengan baik seperti biasa, bentang dan ulas paper,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN