‘Saya akan memberikan keputusan terbaik’

‘Saya akan beri keputusan terbaik’

NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nurul Izzah Anwar memaklumkan keputusan bertanding Timbalan Presiden PKR akan mengambil kira pelbagai faktor termasuk keputusan terbaik mengimbangkan antara kesepakatan dan melakukan perubahan serta reformasi bermakna buat semua ahli parti.

Kata Naib Presiden PKR itu, beliau menghargai pandangan akar umbi untuk dirinya bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.

“Saya akan memberi keputusan terbaik mengimbangkan antara kesepakatan, jalinan dengan persahabatan dan perubahan serta reformasi bermakna buat semua anggota.

“Kita beri kata putus bukan untuk mana-mana individu, tetapi demi usaha membina masa depan PKR secara bersama di kala suka dan duka. Insya-Allah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nurul Izzah, beliau menghormati lagi menghargai pandangan akar umbi untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.

“PKR sedang berada dalam fasa penting. Justeru, segala keputusan yang bakal diambil haruslah mempertimbang bukan sahaja keperluan menyatu dan memperkukuh jalinan sesama sahabat seperjuangan, tetapi juga keperluan membawa nafas baharu dan perubahan bermakna demi memastikan parti ini terus relevan dan diyakini rakyat Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, beberapa negeri dan sayap menyatakan sokongan terhadap bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebagai calon Timbalan Presiden bagi sesi 2025–2028.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN