MELAKA: Seorang anggota tentera berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas lima pertuduhan termasuk merogol dan mencabul seorang remaja perempuan, dua minggu lalu. Tertuduh, Mohamad Zulfikar Ishak, 32, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Haderiah Siri. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun enam bulan dalam sebuah kereta Perodua Viva di kawasan parkir sebuah pasar raya dalam daerah Melaka Tengah, kira-kira pukul 1 tengah hari pada 4 Mei 2025. Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya