Sarapan roti canai, boleh jumpa Amy Search tanpa dihalang - Isteri - Utusan Malaysia

Sarapan roti canai, boleh jumpa Amy Search tanpa dihalang – Isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri kepada penyanyi rock, Datuk Amy Search, Norhasniza Hassan, berkongsi aktiviti harian suami yang akan menikmati sarapan roti canai di restoran kesukaan. 

Ujar Norhasniza atau lebih dikenali sebagai Nourish, selepas menghantar anak ke sekolah, Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, 65, sangat lapang untuk bertemu sesiapa.

“Selepas hantar Qaqa (anak) ke sekolah, Amy sangat lapang 24 jam dengan telefon di tangan.

“Sesiapa boleh telefon, jumpa, tanpa ada yang halang,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di aplikasi X. 

Bukan itu sahaja, jelas Nourish lagi, walaupun suaminya itu sibuk dengan konsert, dia akan bangun awal pagi dan sedia untuk berbual dengan sesiapa sahaja. 

“Walaupun dengan banyak persembahan, konsert atau kerja. Dia akan bangun awal pagi. Sentiasa sedia untuk berbual dan lapangkan waktu,” tambahnya. 

Terdahulu, pelakon, Nabila Huda atau Abil mendedahkan hubungannya dengan ibu tiri, Nourish berada dalam keadaan keruh.

Selain enggan mengakui Nourish sebagai ibu tiri, Abil turut menyindir dengan mengatakan dia tidak mahu merampas harta bapa.

Dia juga meminta Nourish untuk menghapuskan sikap cemburu dan busuk hati. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN