Sah! Eyka Farhana, Akhyar Rashid kini suami isteri - Utusan Malaysia

Sah! Eyka Farhana, Akhyar Rashid kini suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Teka-teki terjawab, pelakon jelita, Eyka Farhana sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak, Akhyar Rashid, hari ini.

Eyka yang manis menyarungkan busana serba putih disatukan di Boathouse by The Lake, Ampang sekitar pukul 10: 12 pagi tadi.

Khabar gembira itu juga telah dikongsikan personaliti televisyen, Shalma Ainaa menerusi hantaran di Instagram Story, pagi ini.

Dalam perkongsian tersebut, Shalma turut memuat naik foto bergerak bersama pelakon, Amelia Henderson dan Alicia Amin yang sedondon mengenakan pakaian berwarna kelabu.

“Sedia untuk hari bersejarah Eyka,” katanya.

Dalam perkongsian lain, Shalma turut berkongsi foto Eyka yang polos mengenakan busana pengantin berwarna putih.

Sementara itu, pengacara, Yaya Zahir turut mengesahkan bahawa pelakon itu sudah selamat bergelar isteri kepada Akhyar menerusi sebuah hantar video di Instagram.

“Dia sudah jadi isteri sekarang,” katanya.

Semalam, Eyka telah memuat naik video pra perkahwinannya bersama Akhyar selain meluahkan rasa cintanya terhadap pemain bola sepak itu.

Terdahulu, Eyka dan Akhyar mengikat tali pertunangan pada Ogos 2023. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN